Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Pengertian Aurat :
Dari segi bahasa, aurat ialah sesuatu yang mengaibkan..
Dari segi istilah, aurat ialah bahagian tubuh badan seseorang yang WAJIB ditutup dan dilindungi daripada pandangan bukan mahram atau ajnabi..
Hukum menutup aurat adalah WAJIB bagi lelaki dan perempuan Islam
Batas-batas aurat :
Aurat Lelaki :
1. Dengan perempuan mahram, auratnya di antara pusat dengan lutut..
2. Dengan perempuan bukan mahram, auratnya di antara pusat dengan lutut..
3. Dengan perempuan bukan Islam, auratnya di antara pusat dengan lutut..
Aurat Wanita :
1. Dengan mahram lelaki, auratnya di antara pusat dengan lutut..
2. Dengan lelaki bukan mahram, auratnya seluruh tubuh, kecuali muka dan dua pergelangan tangan..
3. Dengan lelaki bukan Islam, auratnya seluruh tubuh, kecuali muka dan dua pergelangan tangan..
Sebab-sebab Islam meWAJIBkan lelaki dan perempuan Islam menutup aurat :
1. Untuk menjaga dan memelihara kehormatan, kesopanan, dan maruah diri seseorang..
2. Menghindarkan diri daripada terjerumus ke arah perbuatan Zina..
3. Untuk membezakan antara keperibadian orang Islam dengan orang bukan Islam..
4. Menggambarkan bahawa orang Islam sangat patuh dan taat kepada perintah Allah..
Hikmah / Fadhilat / Kebaikan disebalik kewajipan menutup aurat ke atas orang Islam :
1. Memuliakan manusia sebagai makhluk yang istimewa..
2. Membentuk diri manusia supaya menjadi insan yang beradab..
3. Dapat mengelak diri daripada sebarang fitnah..
4. Melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia dan patuh kepada perintah Allah..
Islam menggalakkan umatnya berpakaian baik, bersih, cantik, dan menutup aurat kerana amalan tersebut mendatangkan kebaikan kepada manusia..
Antara kebaikan menutup aurat dan keburukan mendedahkan aurat ialah :

KEBAIKAN MENUTUP AURAT | KEBURUKAN MENDEDAHKAN AURAT |
Kehormatan dan maruah diri terjaga | Mencemarkan kehormatan dan maruah diri |
Dapat mengelak daripada berlaku perkara-perkara yang tidak diingini | Mendorong kepada berlaku perkara-perkara yang tidak baik |
Dapat menghindar daripada terjerumus ke arah perbuatan yang tidak baik | Dibenci dan dicemuh oleh orang lain |
Dipandang mulia dan dihormati oleh orang lain | Tidak melambang keperibadian Muslim sejati |
Melambangkan keperibadian Muslim sejati | Terdedah kepada gangguan lelaki yang tidak bermoral |
Pakaian Menurut Islam (^_^)
Islam menyuruh umatnya berhias diri dengan memakai pakaian yang menutup aurat mengikut kemampuan masing-masing.. Islam tidak menetapkan sesuatu fesyen yang boleh dipakai oleh kaum lelaki dan wanita.. Semua fesyen boleh dipakai asalkan menutup aurat dan bukan daripada jenis kain yang diharamkan..
Antara ciri-ciri pakaian dan perhiasan yang diharuskan ialah :
1. Hendaklah menutup aurat
2. Tidak nipis
3. Hendaklah longgar, selesa, dan tidak ketat
4. Pakaian lelaki yang tidak menyerupai pakaian wanita, atau sebaliknya
5. Lelaki tidak dibenarkan memakai emas dan sutera, kerana ia khas untuk perempuan
6. Tidak menyerupai pakaian sesuatu kaum.. Contohnya : Yahudi
Ada beberapa jenis pakaian dan perhiasan yang diHARAMkan bagi lelaki dan wanita dalam Islam.. Jenis-jenis pakaian tersebut seperti berikut :
HARAM BAGI LELAKI | HARAM BAGI WANITA |
Semua jenis pakaian yang dibuat daripada sutra | Memakai pakaian bertujuan untuk bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk |
Semua barang perhiasan daripada emas | Pakaian yang nipis yang menampakkan tubuh badan |
Memakai pakaian yang menyerupai kaum wanita | Pakaian yang menjadi lambang kepada agama lain |
Memakai pakaian bertujuan untuk bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk | Pakaian yang menyerupai pakaian lelaki |
Semua pakaian yang menjadi lambang kepada agama lain | Pakaian yang terlalu ketat dan mengghairahkan |
Allah s.w.t memerintahkan golongan wanita supaya menyembunyikan perhiasan dirinya daripada dilihat oleh orang lain, kecuali kepada golongan yang tidak diharamkan..
Golongan yang tidak diharamkan melihat perhiasan wanita ialah :
1. Suami
2. Bapa. Termasuk datuk hingga ke atas
3. Bapa suami (mertua)
4. Anak lelaki dari saudara lelaki
5. Anak lelaki dari saudara perempuan
6. Anak-anak lelaki. termasuk cucu hingga ke bawah
7. Anak lelaki suami (anak tiri)
8. Adik-beradik lelaki
9. Sesama wanita
10. Hamba sahaya
11. Palayan lelaki yang tiada keinginan syahwat
Panduan Bergaul Antara Lelaki & Wanita (^_^)
Garis panduan dalam pergaulan antara lelaki dan wanita seperti berikut :
1. Lelaki dan wanita dibenarkan bergaul dalam perkara-perkara yang diharuskan oleh syarak
2. Tidak membenarkan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita tanpa batas
3. Haram bagi lelaki melihat aurat wanita.. Begitu juga sebaliknya..
Islam tidak membenarkan lelaki dan wanita bertentangan mata antara satu sama lain, kecuali disebabkan sesuatu yang diharuskan.. Justeru itu, Islam mewajibkan lelaki dan wanita supaya merendahkan pandangan mereka, dan mengawal pandangan daripada perkara-perkara mungkar..
Pandangan mata yang tidak terkawal antara lelaki dan wanita boleh menjadi permulaan kepada berlakunya Zina..
Pengajaran Ayat (^_^)
1. Setiap umat Islam samada lelaki, mahupun wanita.. WAJIB menutup aurat terhadap golongan yang bukan mahram
2. Orang Islam dilarang memakai pakaian dan barang-barang perhiasan secara berlebihan, kerana dikhuatiri wujud sifat yang tidak baik dalam diri..
3. Kaum wanita dilarang memperlihatkan perhiasan tubuh badan kepada bukan mahram kerana dibimbangi berlaku fitnah..

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kaum wanita sangat mustahak mengetahui perkara ini supaya mereka merasai tanggungjawab menutup aurat itu sebagai suatu kewajipan dan perintah Allah yang sangat rasional dan wajar untuk mereka tunai dan laksanakan.
Allah telah mengulangi peringatan-Nya beberapa kali tentang kewajipan menutup aurat ini di dalam Al.Quran. Di bawah ini diperturunkan petikan khas maksud ayat-ayat Al.Quran berkaitan perintah-perintah tersebut, sama-samalah kita renungi dan menghayatinya, Insya Allah akan memberi keberkatan kepada kita, disamping dapat menjauhkan kemurkaan Allah. ____________________ "Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung". Surah An.Nuur (31) _____________________ "Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat". Surah Al.A'araaf (26) ____________________ "Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". Surah Al.Ahzab (59) _______________________ Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haid dan mengandung) yang tiada ingin kawin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan, dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Surah An.Nuur (60) | |
No comments:
Post a Comment